Slider

Soalan Lazim

Article Index

 

Apakah Rancangan Tempatan Daerah?
Merupakan suatu pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisidan cadangan cadangan yang
terkandung dalam Rancangan Struktur. Ia menunjukkan secara berskil besar tatatur pembangunan
bagi sasuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkandasar-dasar dan
butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Laporan Cadangan Permajuan
Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan seksyen 21A,
Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan
pelan tatatur yang dekemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau
mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan,
rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan.
Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukakan.

Kebenaran Merancang
Kebenaran merancang handaklah diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sebelum suatu pemajuan
dapat dimulakan mengikut seksyen 19. Permohonan mendapatkan kebenaran Merancang hendaklah
mengikut bentuk dan mengandungi butit-butir dan disertakan dengan dokumendokumen dan pelan pelan
yang detetapkan oleh PBT. Sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen  21(1).
Seksyen 21(3) berkehendakkansupaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBT
boleh mengarahkan permohonan mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian
dan anjakan belakang bangunan dan sebagainya.

Siapa yang memberi Kebenaran Merancang?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Majlis daerah yang memberi
kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh permohon.

Apakah kegunaan Kebenaran Merancang ?
Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu kebenaran merancang. Ianya untuk PBT mengawal perancangan
dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan mnjalankan
kerja-kerja pembangunan

 

Apakah kesan jika pembangunan dijalankan tanpa/tidak mematuhi kebenaran Merancang?
Ia merupakan kesalahan mandatory dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga
RM 500,000,00 atau penjara  dua (2) tahun atau kedua-keduanya sekali. Denda akan dikenakan sehingga 
RM 5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.

 

Apakah Lembaga Rayuan?
Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi peluang
kepada  orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran Merancang yang dibuat
oleh  Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan

mygov sukpenang kpkt townplan mbpp spmc hrmis mampu img.php msc

  • Kemaskini Terakhir:
    20 August 2019
     

Jumlah Pelawat:

129863

if Facebookif youtubeif Twitterif RSS

Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar web Mozilla Firefox versi 30 dan ke atas pada tetapan resolusi minimum 1366x768.

PENAFIAN : PLANMalaysia@Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.