Slider

DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2030 (DRSNPP 2030)



APA ITU DRAF RSNPP 2030?

Draf RSNPP (Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang) 2030 merupakan satu dokumen penyataan bertulis yang mengandungi dasar-dasar perancangan strategik dan cadangan-cadangan pembangunan kegunaan tanah serta hala tuju perancangan pembangunan masa hadapan bagi Negeri Pulau Pinang. Ianya disokong dengan Gambarajah Utama serta pelan-pelan sektoral bagi memperjelaskan dasar-dasar perancangan strategik Negeri Pulau Pinang 2030.


APA ITU PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM?

Publisiti dan Penyertaan Awam merupakan hebahan mengenai Draf Rancangan Struktur Negeri dan ia selaras dengan keperluan Akta 172 (Seksyen 9). Selain itu, membuka ruang dan peluang kepada orang ramai untuk memberi bantahan dan cadangan terhadap dasa-dasar yang telah dicadangkan.

Publisiti Dan Penyertaan Awam bagi Draf RSNPP 2030 akan dilaksanakan selama 2 bulan iaitu dari 18 September 2018 sehingga 19 November 2018.  Orang ramai dan pihak berkepentingan boleh mengunjungi dan melihat pameran publisiti di Tingkat 3, KOMTAR dan Lobi MPSP dari pukul 9.00 pagi sehingga 4 petang. Selain itu, orang ramai boleh memuat turun (download) Ringkasan Eksekutif Draf RSNPP2030 dan aplikasi DRSNPP2030 melalui playstore hanya untuk Android.




mygov sukpenang kpkt townplan mbpp spmc hrmis mampu img.php msc

  • Kemaskini Terakhir:
    13 December 2018
     

Jumlah Pelawat:

114307

if Facebookif youtubeif Twitterif RSS

Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar web Mozilla Firefox versi 30 dan ke atas pada tetapan resolusi minimum 1366x768.

PENAFIAN : PLANMalaysia@Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.