Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Bandar Selamat

Pada awal tahun 2004, Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu program bagi membenteras kegiatan jenayah di peringkat PBT.

Pada akhir tahun 2004, KPKT telah memperakukan 23 langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat yang melibatkan 3 strategi iaitu merekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran serta kegiatan social / kemasyarakatan dan pendidikan / kesedaran awam.

Sejak Disember 2005, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah melaporkan pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi  Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran kepada Kabinet berdasarkan jumlah langkah yang dilaksanakan oleh PBT.

Bagi Negeri Pulau Pinang, selain Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai juga turut melaksankanan Program Bandar

Bagi Majlis Daerah pula, antara langkah-langkah yang masih belum dilaksanakan ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping, penyediaan penggera keselamatan, penyediaan bollard, penyediaan papan tanda peringatan jenayah serta penyediaan cermin keselamatan di lokasi berkemungkinan berlakunya jenayah.

Bagi mencapai sasaran NKRA, Kabinet telah mengarahkan melalui NKRA LAB agar semua PBT melaksanakan langkah-langkah berikut:

  • Mengaktifkan Program Bandar Selamat
  • Mewujudkan Jawatankuasa Bandar Selamat
  • Semua PBT perlu memantau indeks jenayah  setiap bulan melalui  Mesyuarat Majlis Penuh.

Mulai tahun 2010, format pelaporan pelaksanaan Program Bandar Selamat akan berdasarkan kepada kadar pengurangan jenayah, berbanding pelaksanaan jumlah langkah.

Konsep Bandar Selamat mempunyai empat komponen utama iaitu:

  • Bandar yang bebas daripada keganasan seperti curi ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya yang menyebabkan kehilangan nyawa dan trauma, kerosakan harta benda dan sosial;
  • Bandar yang bebas daripada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh;
  • Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, integriti dan kerosakan moral; dan
  • Bandar yang bebas daripada segala jenis kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kebakaran dan kemalangan jalan raya.
Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang