Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Rancangan Tempatan Daerah (RTD)

Rancangan Tempatan (RT) merupakan asatu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam RSN kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal.

RTD disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) serta dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadnagan-cadangan am yang terkandung di dalam RSN.

RTD menunjukkan secara berskala besar tatatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Fungsi Rancangan Tempatan Daerah adalah:

  • Menterjemahkan dasar-dasar RSN;
  • Sebagai panduan pembangunan fizikal bagi daerah dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berkaitan melalui peta cadangan gunatanah;
  • Menyediakan garispanduan bagi kawasan pembangunan;
  • Mengenalpasti projek utama daerah; dan
  • Menyediakan garispanduan pelaksanaan.

Status Terkini : Sedang dalam usaha bagi memulakan kajian Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030 (RTSP 2030) bagi menggantikan 3 laporan Draf Akhir RT yang telah disediakan secara berasingan membuat penyelarasan untuk ketiga-tiga daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan(SPS) yang masih tertangguh.

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang