Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Rancangan Struktur Negeri (RSN)

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2020 disediakan selaras dengan kehendak dan peruntukan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dam Desa 1976 (Akta 172). Penyediaan RSNPP 2020 ini adalah untuk melengkapkan sistem perancangan fizikal di samping menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN). Ia juga bertujuan untuk menyelaraskan dasar-dasar Rancangan Pemajuan sediada di samping saling melengkapi perancangan-perancangan Negeri semasa dan masa hadapan.

RSNPP 2020 merupakan satu pernyataan bertulis / dokumen perancangan fizikal yang mengandungi / menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik Negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa. Ia disediakan oleh Pengarah JPBD Negeri dan diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri (JPN) serta perlu dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Langkah-langkah yang perlu ada dalam pernyataan adalah seperti berikut :

  • Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;

  • Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;

  • Pembaikan terhadap sosio-ekonomi, penggalakkan pertumbuhan ekonomi;

  • Mempertingkatkan perancangan luar Bandar dan rancangan desa; dan

  • Memudahkan pembangunan secara mampan.

RSNPP disediakan bertujuan untuk :

  • Melengkapkan sistem perancangan fizikal Negara yang terdiri dari tiga peringkat iaitu RFN, RSN dan RT supaya lebih sistematik dan berkesan;

  • Menterjemahkan dasar-dasar RFN yang disediakan di peringkat Negara dan menyelaraskan dasar-dasar RS (Penggubalan) MBPP dan RS (Penggubalan) MPSP;

  • Menentukan hala tuju dan dasar-dasar spatial guna tanah Negeri kepada perancang dan pelaksana;

  • Menyelaras perancangan dan pembangunan Negeri terutama perkara yang berkaitan kepentingan bersama di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); dan

  • Menggalakkan pembangunan dan pengurusan ruang fizikal yang optimum di peringkat Negeri.

RSN juga hendaklah mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan yang dikemukakan.

Fungsi RSN adalah :

  • Mentafsirkan dasar Negara dan wilayah

  • Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum

  • Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan RTD

  • Menyediakan garis panduan untuk kawalan pembangunan

  • Menyediakan asas untuk penyelarasan segala keputusan JPN

  • Menyediakan asas panduan dan menggalakkan pembangunan

  • Membentangkan isu-isu pembangunan dan diatasi dengan dasar / strategi

Memakmurkan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri pintar, Harmoni dan bertaraf antarabangsa.

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030, disediakan seperti peruntukkan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta172)

Status Terkini : Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jilid 63 Tambahan No: 3/22 bertarikh 24 Oktober 2019, Kenyataan Warta No.1068.

Dengan pewartaan RSNPP 2030 ini, ianya membatalkan RSNPP 2020 yang diwartakan pada 28 Jun 2007 (No. Warta Jilid 51 No.13 Tambahan No.1)

Sila klik disini untuk melihat paparan :-

1.    Ringkasan Eksekutif Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030


2.    Laporan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030



Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang