Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Permohonan Projek Kerajaan (Seksyen 20A), Akta 172

JPBD Negeri juga memainkan peranan sebagai penasihat kepada pembangunan projek projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk dibawa dan dibentangkan ke Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) melalui seksyen 20A, Akta 172 : Menjadi kewajipan tiap-tiap Jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk beunding dengan Jawatankuasa mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam Negeri itu,

Ianya juga adalah selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 7 Tahun 2009 yang menekankan keperluan urusan rundingan bagi projek-projek pembangunan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya.

Khidmat Nasihat Perancangan
JPBD Negeri turut menyediakan pelbagai khidmat nasihat secara terus dikaunter. Antara Perkhidmatan yang disediakan adalah :

  • Semakan Zon Pembangunan

  • Pra ulasan Permohonan Pembangunan

  • Semakan Keputusan Permohonan Pembangunan

  • Proses Lembaga Rayuan

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang