| Bahasa lain

A- A A+
default green red contrast

Soalan Lazim

 Laporan Cadangan Permajuan
Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan seksyen 21A,
Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan
pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan
atau memdirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan,
rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan.
Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukakan.

Kebenaran Merancang
Kebenaran merancang handaklah diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sebelum suatu pemajuan
dapat dimulakan mengikut seksyen 19. Permohonan mendapatkan kebenaran Merancang hendaklah mengikut
bentuk dan mengandungi butit-butir dan disertakan dengan dokumendokumen dan pelan pelan yang detetapkan oleh PBT.
Sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen  21(1). Seksyen 21(3) berkehendakkan supaya jika
permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBT boleh mengarahkan permohonan mengemukakan butiran-butiran
seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjakan belakang bangunan dan sebagainya.

Siapa yang memberi Kebenaran Merancang?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Majlis daerah yang memberi
kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh permohon.

Apakah kegunaan Kebenaran Merancang ?
Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu kebenaran merancang. Ianya untuk PBT mengawal
perancangan dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan
dan menjalankan kerja-kerja pembangunan
Apakah kesan jika pembangunan dijalankan tanpa/tidak mematuhi kebenaran Merancang?
Ia merupakan kesalahan mandatory dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga
RM 500,000,00 atau penjara  dua (2) tahun atau kedua-keduanya sekali. Denda akan dikenakan sehingga
RM 5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.

Apakah Lembaga Rayuan?
Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi
peluang kepada  orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran
Merancang yang dibuat oleh  Pihak BerkuasaPerancangan Tempatan

 

Apakah Rancangan Struktur Negeri ?
Merupakan satu penyertaan bertlis yang mengemukakan  darsr-dasar dan cadangan-cadangan am
mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar  dari segi fizikal,
perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun.

 

Cetak E-mel

mygovmscmampusukpenangtownplanmbppkpktspmchrmisimg.phpimages1

 

offcanvas
totop