Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Logo Jabatan

 

Logo JPBD Pulau Pinang
 

  

 Konsep

Logo Jabatan dibentuk oleh 4 huruf besar iaitu 'J', 'P ', 'B' dan 'D', diatur memenuhi 4 buah petak yang sama besar melambangkan 4 elemen gunatanah yang utama dan dikelilingi oleh perkataan membentuk bulatan yang melambangkan persekitaran pembangunan yang terancang dan dinamik.

Huruf

Huruf utama 'J' iaitu perkataan 'Jabatan' berwarna hitam melambangkan sebuah Bandaraya, Bandar, Pekan ataupun Desa. 'P', 'B' dan 'D' ialah huruf ringkas bagi perkataan "Perancangan Bandar dan Desa'. Huruf-huruf tersebut berwarna hijau melambangkan perancangan di pinggir bandar, luar bandar dan desa.

Warna

Logo ini mempunyai 3 jenis warna iaitu hitam, putih dan hijau .
Warna hitam melambangkan keteguhan dan keutuhan Jabatan di dalam jentera pentadbiran negara.
Warna putih melambangkan integriti, keharmonian, kecekapan dan kebersihan yang didukung oleh semua lapisan pegawai jabatan.Warna hijau melambangkan peranan Jabatan sebagai perancang gunatanah utama dalam negara.

Garis

Terdapat garis rangka berwarna putih di tengah-tengah huruf berkenaan. Bentuk dan warna garis ini melambangkan rangkaian jalan yang menggambarkan perhubungan antara keempat-empat elemen gunatanah. Garis hijau penuh daripada huruf ‘P’ ke huruf ‘D’ melambangkan jejambat dalam lebuhraya menunjukkan perancangan trafik yang lebih komprehensif.

Bulatan

Perkataan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa berwarna hitam dalam bentuk separa bulatan mewakili identiti jabatan dan elemen fizikal bandar merangkumi bangunan dan prasarana bandar.

Perkataan Semenanjung Malaysia bewarna hijau pula mewakili elemen alam semulajadi merangkumi flora dan fauna serta kedudukan Jabatan samada di peringkat Persekutuan (Semenanjung Malaysia) atau Negeri.

Kedua-dua perkataan bercantum membentuk bulatan yang melambangkan persekitaran bandar yang sempurna.

Titik Hijau

Dua titik hijau di antara perkataan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dengan Semenanjung Malaysia menunjukkan keazaman ke arah perancangan yang tepat dan berkesan.

Logo asal Jabatan telah di cipta oleh En. Zainuddin bin Mahmood.
Logo ini kemudiannya telah diubahsuai oleh En. Mohd. Sirad Hj. Taha
Logo ini telah dilancarkan oleh Dato’ Haji Abdul Mutallib bin Jelani, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dalam Perhimpunan Awal Tahun 2005 pada 18 Januari 2005

 

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang