Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Perutusan Pengarah

pengarah  

  YBhg. Dato' TPr Rozita binti Hamit
Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang
(PLANMalaysia Pulau Pinang)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang membuka tirai tahun baru 2024. Jabatan ini akan terus berkhidmat bagi mencapai visi dan misi kerajaan seperti yang telah digariskan dalam Dokumen Penang  2030. Jabatan juga telah berjaya menyiapkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 dan telah diwartakan pada 24 Oktober 2019. Adalah diharapkan agar dokumen ini menjadi rujukan dan panduan bagi pembangunan di negeri Pulau Pinang.

Saya mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa melayari  Laman web Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang). Laman Web ini merupakan satu gerbang maklumat yang membolehkan orang awam, agensi kerajaan dan swasta serta golongan pelajar mendapatkan info mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan di jabatan.

Konsep "maklumat dihujung jari" diharap dapat menjadi satu medium ICT terkini untuk mendekatkan para pelanggan dan masyarakat dengan Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang).

SMARTPLAN juga adalah produk terkini jabatan yang memberi pengguna mendapatkan maklumat mengenai zoning, garis panduan, dan maklumat perancangan lain yang membantu pengguna. Adalah diharapkan agar SMARTPLAN akan digunakan oleh pelanggan jabatan dan SMARTPLAN boleh dilayari di https://smartplan.penang.gov.my

Pihak pengurusan laman web jabatan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan, syor serta komen yang membina daripada semua pengguna ke arah menambahbaik laman web ini untuk faedah semua.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman web kami.


Sekian

YBhg. Dato' TPr Rozita binti Hamit
Pengarah
Jabatan Perancang Bandar dan Desa negeri Pulau Pinang
(PLANMalaysia@Pulau Pinang)


 

 

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang