MurniNet

MURNInet adalah singkatan kepada Malaysian Urban Indicator Network atau Jaringan Petunjuk Bandar Malaysia. Gerbang MURNInet disediakan untuk menyokong pelaksanaan Program Petunjuk Bandar Malaysia dalam pembentukan, perolehan, pengolehan, penganalisaan, penghasilan dan perkongsian maklumat mengenai petunjuk bandar.

MURNInet merupakan pendekatan yang dapat mengukur serta menilai kemampanan sesebuah bandar dan kawasan gabungannya melalui penggunaan 38 petunjuk - petunjuk bandar mampan.

Pelaksanaan Petunjuk Bandar Mampan (MURNInet) adalah satu aplikasi bagi mewujudkan pengkalan data dalam bentuk digital yang dapat mengukur kemampanan bandar dan juga dapat memberi gambaran pencapaian kemampanan bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan  secara berterusan.

Kepentingan MurniNet:

Pelaksanaan MURNInet yang dilaksanakan oleh JPBDSM adalah melibatkan bandar-bandar utama  dengan menggunapakai 38 indikator. 

Matlamat kajian ini ialah untuk melaksanakan petunjuk-petunjuk bandar mampan bagi mengukur dan menilai tahap pencapaian kualiti sebuah bandar.

Objektif MURNInet

MURNInet dirangka untuk memberi manfaat kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dari segi menilai kesesuaian bantuan kewangan kepada bandar yang lemah dan tidak mampan dan memperbaiki tahap perkhidmatan kepada rakyat.

Pada awal tahun 2004, Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan satu program bagi membenteras kegiatan jenayah di peringkat PBT.

Pada akhir tahun 2004, KPKT telah memperakukan 23 langkah Pencegahan Jenayah di bawah Program Bandar Selamat yang melibatkan 3 strategi iaitu merekabentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran serta kegiatan social / kemasyarakatan dan pendidikan / kesedaran awam.

Sejak Disember 2005, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah melaporkan pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi  Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran kepada Kabinet berdasarkan jumlah langkah yang dilaksanakan oleh PBT.

Bagi Negeri Pulau Pinang, selain Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai juga turut melaksankanan Program Bandar

Bagi Pejabat Daerah pula, antara langkah-langkah yang masih belum dilaksanakan ialah perkongsian maklumat jenayah dengan PDRM melalui GIS-based mapping, penyediaan penggera keselamatan, penyediaan bollard, penyediaan papan tanda peringatan jenayah serta penyediaan cermin keselamatan di lokasi berkemungkinan berlakunya jenayah.

Bagi mencapai sasaran NKRA, Kabinet telah mengarahkan melalui NKRA LAB agar semua PBT melaksanakan langkah-langkah berikut:

Mulai tahun 2010, format pelaporan pelaksanaan Program Bandar Selamat akan berdasarkan kepada kadar pengurangan jenayah, berbanding pelaksanaan jumlah langkah.

Konsep Bandar Selamat mempunyai empat komponen utama iaitu: