| Bahasa lain

A- A A+
default green red contrast

Taklimat Pelaksanaan RKK Tapak Warisan Dunia George Town

kertas1kertas2kertas3kertas4

GTWHI, MBPP dan PLANMalaysia@Pulau Pinang (JPBD)  telah berkerja sama bagi mengadakan program taklimat berkenaan pelaksanaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tapak Warisan Dunia George Town (TWDGT). Taklimat ini bertujuan menghebahkan pelaksanaan RKK ini kepada agensi-agensi teknikal di Negeri Pulau Pinang serta ahli-ahli majlis MBPP. Sebagai makluman, RKK TWDGT ini telahpun diwartakan pada 1 September 2016 dan tarikh kuatkuasa pada hari yang sama.

Taklimat ini akan diadakan pada 5 Mei 2017, Jumaat di Auditorium A, Paras 5, KOMTAR yang akan dihadiri oleh agensi-agensi teknikal yang terlibat bagi pembangunan di dalam kawasan Tapak Warisan Dunia George Town. Penganjur menjemput YB Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan dan Tebatan Banjir bagi memberikan ucapan aluan.

George Town adalah contoh luar biasa untuk bandar-bandar kolonial bersejarah di Selat Melaka. Ia menunjukkan kesinambungan pengaruh-pengaruh sejarah dan budaya yang wujud daripada fungsi asalnya sebagai pelabuhan perdagangan yang menghubungkan blok timur dan barat. George Town merupakan contoh pusat bandar bersejarah di Selat Melaka yang masih hidup serta paling lengkap dengan warisan berbilang budaya yang berasal dari laluan perdagangan dari Great Britian dan Eropah melalui Timur Tengah, benua kecil India dan Kepulauan Melayu ke China. George Town menjadi bukti kepada kepelbagaian budaya warisan dan tradisi Asia yang dinamik, di mana banyak agama dan budaya bertemu dan telah wujud bersama. Ia mencerminkan kehadiran unsur-unsur budaya dari Kepulauan Melayu, India, China dan Eropah sekaligus mencipta seni bina, budaya dan landskap seni bandar yang unik.

Oleh itu, bagi mengekalkan pengiktirafan tapak warisan ini, penyediaan RKK TWDGT merupakan langkah yang tepat bagi mencapai matlamat kemampanan pembangunan di kawasan tapak bersejarah ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah banyak berusaha dalam memastikan RKK TWDGT diwartakan supaya prinsip-prinsip kemampanan yang diterjemahkan dalam RKK mampu memberi impak minima ditapak dari segi budaya, sosial, alam sekitar dan ekonomi. Elemen-elemen ini akan terus dipelihara dengan pelaksanaan RKK TWDGT secara menyeluruh seterusnya mengekalkan George Town didalam senarai tapak warisan dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Cetak E-mel

mygovmscmampusukpenangtownplanmbppkpktspmchrmisimg.phpimages1

 

offcanvas
totop