| Bahasa lain

A- A A+
default green red contrast

Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020

 web Banner
  icon LT icon LP icon pelanindikatif icon feedback

Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP 2020) telah diwartakan pada 28 Jun 2007. Mengikut Subseksyen 11(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa,1976 (Akta 172) “Sesuatu rancangan struktur yang telah mula berkuatkuasa hendaklah tertakluk kepada kajian semula tiap-tiap lima tahun seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan lima tahun Negeri, dan kajian semula itu hendaklah berkaitan dengan seluruh Negeri itu.”

Mengikut Subseksyen 11(2) Akta 172,  menyatakan selepas suatu rancangan struktur bagi suatu Negeri telah mula berkuatkuasa, Pengarah Negeri itu boleh mengemukakan kepada Jawatankuasa dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Jawatankuasa, mengemukakan kepadanya, dalam tempoh yang ditentukan dalam arahan itu, cadangan bagi kajian semula atau pengubahan kepada rancangan itu yang pada fikiran Pengarah negeri adalah suai manfaat atau sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa, mengikut mana-mana berkenaan, dan cadangan itu boleh berhubungan dengan keseluruhan atau sebahagian Negeri itu.

Kajian Semula RSN PP 2020 telah dimulakan sejak Julai 2012 dengan penyediaan Asas Rujukan (Term Of Reference) Kajian Semula RSN PP 2020 seterusnya pembentangan Kertas Kerja Kajian Semula RSN PP 2020 kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri, Bil. 9/2012 pada 5 Oktober 2012.

Skop Kajian Semula RSN PP 2020 adalah meliputi perkara-perkara berikut:-

Skop Kajian Semula RSN PP 2020 mengambilkira dasar-dasar dan polisi-polisi baharu Kerajaan Negeri, isu-isu perancangan dan pembangunan terkini termasuklah projek-projek kerajaan yang komited dan arahan-arahan pindaan melalui kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri. Maklumbalas dari jabatan dan agensi pelaksana melalui sistem pemantauan pelaksanaan dasar-dasar RSN yang telah dijalankan menggunakan eMOSplan (Electronic Monitoring Of Structure Plan). Selain itu aduan-aduan dari orang awam juga diambilkira.

Kajian semula juga membuat penilaian keatas Gambarajah Utama RSN PP 2020 dengan mengambilkira cadangan-cadangan projek pembangunan terkini dan arahan di peringkat negeri dan persekutuan untuk dimasukan kedalam cadangan Pelan Indikatif Gambarajah Utama Draf RSN PP 2030 seterusnya mencadangkan mekanisma pelaksanaan yang lebih efektif di dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 kelak. Hasil penemuan diatas dimasukan kedalam laporan pemeriksaan atau Laporan Tinjauan dan dibentangkan kepada JPN sebelum dipublisitikan dan seterusnya dijadikan asas dalam penyediaan Draf Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030.

 

 

Cetak E-mel

mygovmscmampusukpenangtownplanmbppkpktspmchrmisimg.phpimages1

 

offcanvas
totop