A- A A+
A   A

PEMATUHAN PEMAKAIAN PAS KESELAMATAN DAN KAD PENGENALAN JABATAN DI KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/ Puan berhubung perkara di atas.

2.     Sukacita dipohon perhatian YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/ Puan berhubung Arahan Pemakaian Pas Keselamatan atau Kad Pengenalan Jabatan berdasarkan Akta Kawasan-kawasan dan Tempat-tempat Larangan 1959 serta peraturan-peraturan semasa yang berkaitan.

3.     Sehubungan dengan itu, YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/ Puan adalah diingatkan supaya sentiasa memakai Pas Keselamatan atau Kad Pengenalan Jabatan yang dibekalkan dan memastikan pelawat juga sentiasa memakainya ketika memasuki dan berada di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

4.     Pentadbiran ini akan sentiasa memantau dan melaksanakan pemeriksaan secara berkala berhubung pematuhan pemakaian Pas Keselamatan atau Kad Pengenalan Jabatan di Bangunan KOMTAR.  Adalah diharapkan agar semua pihak mengikuti peraturan ini dengan segera dan secara berterusan.

Cetak E-mel

mygovmscmampusukpenangtownplanmbppkpktspmchrmisimg.phpimages1

 

fb  fl  yb

  • Kemaskini Terakhir: Isnin 07 Mei 2018 

Jumlah Pelawat: 106867

Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar web Mozilla Firefox versi 30 dan ke atas pada tetapan resolusi minima 1366x768.

PENAFIAN : PLANMalaysia@Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

offcanvas
totop