Slider

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI)

ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT PULAU PINANG 2010 (FOI) [ENAKMEN 16]

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah polisi pentadbiran yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), telah berusaha bagi memastikan rakyat Pulau Pinang diberi kebebasan untuk mengakses maklumat melalui saluran yang betul dan tepat. Selaras dengan tujuan tersebut, Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 telah diwartakan.

Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Bagi tujuan pelaksanaan Enakmen 16 ini, maka dua (2) undang-undang subsidiari berkaitan Enakmen telah disediakan dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2015. Dua (2) subsidiari dimaksudkan adalah seperti berikut :

  1. Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014; dan

  2. Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2014

Mana-mana individu yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, maka permohonan boleh dibuat mengikut ketetapan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen dan juga undang-undang subsidiari berkenaan. Permohonan mendapatkan maklumat atau akses kepada maklumat hendaklah dibuat kepada Pegawai Maklumat di jabatan terbabit.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti berikut: 

1. Imran Afandy bin Rusli

Talian terus: 04- 650 5480
E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

2. Ambika Devi a/p Daran

Talian terus: 04- 650 5662
E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

3. Mazni binti Zainal

Talian terus: 04- 650 5222
E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di peringkat PLANMalaysia@Pulau Pinang, seperti berikut:

Y.Bhg.TPr. Haji Idris Bin Abd. Rahim (Pengarah/Pegawai Maklumat 1)
Talian terus: 04- 650 5270
E-mel: idfrisAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.


Rosli Bin Haron (Penolong Pegawai Perancang/Pegawai Maklumat 2)

Talian terus: 04- 650 5398
E-mel: rosliharonAlamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.


Kaunter khas Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) telah dibuka di kaunter tingkat 3, KOMTAR berkuatkuasa pada 12 Januari 2015 dan akan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5 petang. Pegawai perhubungan ditempatkan di kaunter khas tersebut.

::: Muat Turun Peraturan-peraturan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang (Akses Kepada Maklumat) 2014
::: Muat Turun dan Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010
::: Muat Turun Pautan Senarai IO Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010(FOI)
::: Muat Turun Warta Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 (FOI )
::: Muat Turun Borang Permohonan Untuk Akses Kepada Maklumat (Borang A)

mygov sukpenang kpkt townplan mbpp spmc hrmis mampu img.php msc

  • Kemaskini Terakhir:
    22 Oktober 2018
     

Jumlah Pelawat:

110719

if Facebookif youtubeif Twitterif RSS

Paparan terbaik dengan menggunakan pelayar web Mozilla Firefox versi 30 dan ke atas pada tetapan resolusi minimum 1366x768.

PENAFIAN : PLANMalaysia@Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.