A- A A+
default green red contrast

Kebenaran Merancang

Bahagian kawalan perancangan di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri di pertanggungjawabkan bagi memastikan perancangan dan pembangunan yang
dilaksanakan bagi seluruh Negeri Pulau Pinang adalah teratur, terkawal dan harmoni bagi mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti dan
mampan selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Tugas ini direalisasikan melalui proses kebenaran merancang dan yang berkaitan dengannya, samada permohonan kebenaran merancang itu di kemukakan kepada
pihak berkuasa tempatan atau kepada Jabatan ini. Kebenaran merancang merupakan kebenaran secara bertulis daripada Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) iaitu kelulusan yang diperlukan setelah kelulusan tukar syarat tanah diperolehi, yang mana ia adalah sebelum proses pelan bangunan.
Subseksyen 19(1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), menyatakan dengan jelas tentang keperluan perundangan bagi mendapatkan kelulusan
kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan sebelum memula, mengusaha atau menjalankan apa-apa pemajuan di atas tapak.
Bagi Negeri Pulau Pinang terdapat 3 buah Pihak Berkuasa Perancang Tempatan iaitu :

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Bidangkuasa MBPP adalah meliputi semua kawasan Pulau Pinang
Majlis Perbandaran Seberang Perai - Bidangkuasa MPSP adalah meliputi semua kawasan Seberang Perai
Jabatan Perancang Bandar dan Desa - Bidangkuasa JPBD adalah meliputi semua kawasan di luar kawasan MBPP
dan MPSP seperti kawasan baru yang ditebusguna.

Tugas-tugas Bahagian Kawalan meliputi perkara berikut :

i. Memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang yang dirujuk kepada MBPP/MPSP melalui Pusat Setempat (OSC).
ii. Memberi ulasan permohonan kelulusan EIA dan Geoteknik.
iii. Memberi Ulasan terhadap Permohonan Tanah seperti Ubah Syarat Tanah, Pemberimilikan / pindahmilik, Pengambilan Balik Tanah, Pengeluaran Warta Tanah Bukit /Warta       Pengairan, Lesen Tumpangan Sementara.
iv. Memproses permohonan Perlingkungan Semula dan Penambahan Nisbah Plot / Kepadatan.
v. Menyediakan kertaskerja dan persembahan kepada Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri dan Jawatankuasa Perancang Negeri.
vi. Memproses permohonan Kebenaran Merancang Secara Rundingan bagi Projek-projek JKR.
vii. Memproses permohonan Pelan Induk bagi pemajuan di bawah Seksyen 5(2) Akta 172.
viii. Memproses permohonan kebenaran merancang bagi pemajuan di bawah Seksyen 5(2) Akta 172.
ix. Memproses permohonan pelan bangunan bagi pemajuan di bawah Seksyen 5(2) Akta 172.
x. Memberi khidmat nasihat perancangan samada melalui kaunter atau permohonan rasmi.
Perundangan-perundangan yang digunakan semasa memproses kebenaran
merancang ialah :

 Akta 172 - Akta Perancangan Bandar & Desa 1976
 Akta 56 - Kanun Tanah Negara 1965
 Akta 133 - Akta Jalan, Parit dan Bangunan Akta 171
 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1988
 Enakmen Warisan Negeri
 Kaedah Pengawalan Perancangan Am 1990
 Kaedah Lembaga Rayuan
 Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
 Arahan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)
 Arahan JPBD Semenanjung Malaysia
 Garispanduan Perancangan dan Piawaian Pembangunan JPBD Semenanjung Malaysia
 Rancangan Struktur Negeri 2020
 Rancangan-Rancangan Tempatan
 Arahan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

Cetak E-mel

mygovmscmampusukpenangtownplanmbppkpktspmchrmisimg.phpimages1

 

offcanvas
totop