| Bahasa lain

A- A A+
default green red contrast

Rancangan Kawasan Khas (RKK)

Rancangan Kawasan Khas (RKK)   merupakan satu rancangan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan. RKK merupakan satu pelan cadangan yang lebih terperinci berbanding RT yang lebih mirip kepada ‘Action Plan Area’. Penyediaan RKK ini adalah bertujuan untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi, untuk memulihara atau juga untuk tujuan pengurusan sesebuah kawasan.

RKK mengandungi cadangan dan tindakan khusus untuk satu-satu kawasan yang telah dikenalpasti oleh PBN / PBT bagi tujuan :

  • Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan;
  • Pemajuan semula;
  • Pengelokan;
  • Pemuliharaan atau amalan pengurusan sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain bagi seluruh atau sebahagian kawasan khas itu; dan
  • Jenis pengolahan yang dicadangakan

Pindaan terbaru Akta Perancangan Bandar dan Desa, Akta 172 iaitu Akta A 1129  telah memperuntukkan keperluan penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dinyatakan di seksyen 16B(1)(2)(3). Rancangan ini merupakan rancangan terperinci yang bercorak tempatan yang disediakan khusus untuk kawasan yang mempunyai kepentingan khusus kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).

Penyediaan RKK ini juga membolehkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu kawasan  bagi tujuan sama ada untuk memajukan segera, memajukan semula, memperelokkan lagi atau memelihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan. Tambahan pula, RKK juga mempunyai kuatkuasa seperti mana Rancangan Tempatan.

Fungsi RKK :

  • Sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan bagi kawasan yang telah dikhaskan.
  • Sebagai alat pembangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Status Terkini: Pulau Pinang masih tiada RKK yang diwartakan, namun terdapat RKK yang sedang dalam Proses pewartaan iaitu:

  • RKK Taman Botani

  • RKK Bukit Bendera

  • RKK Tapak Warisan Dunia George Town

Cetak E-mel

mygovmscmampusukpenangtownplanmbppkpktspmchrmisimg.phpimages1

 

offcanvas
totop