| Bahasa lain

A- A A+
default green red contrast

Jenis-Jenis Rayuan

S.23(1)(a) - Rayuan Permohonan Kebenaran Merancang Terhadap Keputusan Majlis
Seseorang pemohon bagi kebenaran merancang yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan memberikan kebenaran merancang atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam memberikan kebenaran merancang itu.
S.23(1)(b) - Rayuan Pembantah/Jiran Kepada Kebenaran Merancang Terhadap Keputusan Majlis
Seseorang yang telah membuat bantahan menurut subseksyen 21(6) dan yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan bantahannya.
S.25(9) - Amaun Pampasan
Jika mana-mana orang terkilan dengan apa-apa amaun pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya di bawah seksyen ini, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pembayaran balik atau pampasan yang hendak dibayar.

S.30(1) - Notis Permintaan
Jika pihak berkuasa perancang tempatan berpuas hati –

  • bahawa apa-apa penggunaan tanah patutlah dihentikan;
  • bahawa syarat-syarat patut dikenakan atas penggunaannya yang berterusan; dan
  • bahawa mana-mana bangunan atau kerja di atas mana-mana tanah patut diubah atau dipindahkan,

pihak berkuasa perancang tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, melalui notis rekuisisi yang disampaikan kepada pemunya tanah itu-

  • menghendaki supaya dihentikan penggunaan itu;
  • mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu; atau
  • menghendaki supaya langkah yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu,

dan pemunya itu hendaklah, dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu, yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disampaikan, mematuhi kehendak atau syarat-syarat itu.

S.30(7) - Amaun Pampasan akibat Notis Permintaan
Jika orang yang ditawarkan pampasan di bawah subseksyen (6) itu terkilan dengan amaun pampasan itu, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan , merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pampasan yang hendak dibayar.

S.35(C) - Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok
Mana-mana orang yang terkilan dengan-

  • Suatu perintah pemeliharaan pokok;
  • Mana-mana peruntukan dalam suatu perintah pemeliharaan pokok;
  • Penolakan suatu kebenaran bertulis; atau
  • Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis,

di bawah perenggan 35A(2)(a); atau

  • Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan 35A(2)(b),

boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh dia diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan syarat-syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.

S.35(D) - Pampasan di bawah Perintah Pemeliharaan
(D)1 - Jika pemunya tanah yang tanahnya berhubungan dengan suatu perintah pemeliharaan pokokmembuktikan bahawa dia, mematuhi perenggan 35C(1)(a) hingga (d), mengalami kerigian berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, dia boleh menuntut pampasan daripada pihak berkuasa perancang tempatan.
(D)2 - Jika pemunya tanah itu tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang diawardkan, dia boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh award itu, merayu kepada Lembaga Rayuan yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan atau mengubah amaun pampasan yang diawardkan itu.

S.35(E) - Penggantian Pokok
Mana-mana orang yang terkilan dengan-

  • penolakan untuk mengetepikan kehendak menggantikan pokok di bawah perenggan (1);
  • mana-mana perintah yang diberikan di bawah perenggan (1)(a) atau (b);
  • mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(d); atau
  • penolakan untuk melanjutkan masa di bawah subseksyen (2),

boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh orang itu diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan terma dan syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.

Cetak E-mel

mygovmscmampusukpenangtownplanmbppkpktspmchrmisimg.phpimages1

 

offcanvas
totop