Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

RIBI (Rumah Ibadat Bukan Islam)

Mengikut Perlembagaan Negara dalam Perkara 3 Agama Islam ialah Agama bagi negara tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian di Malaysia. Peruntukan ini adalah hasil persetujuan yang dicapai dikalangan rakyat Islam dan bukan Islam di negara ini bagi menjamin negara mendapat kemerdekaan dari British. Persetujuan ini juga dibuat secara sedar oleh rakyat dan pemimpin negara ini di masa itu memandangkan salah satu syarat yang dikenakan oleh British untuk mendapat kemerdekaan ialah keharmonian beragama di negara ini. Agama Islam telah dijadikan agama negara di dalam Perlembagaan Negara ini dan diterima oleh semua rakyat menunjukkan kedudukan Islam pada masa itu dipersetujui sebagai suatu penganut yang dominan.

OBJEKTIF

Memastikan semua maklumat teknikal dan latar belakang projek lengkap sebelum di angkat ke Jawatankuasa Penyelarasan RIBI.

FUNGSI

Semua permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan bangunan berkenaan RIBI perlu melalui saluran OSC.

Semua permohonan lesen petempatan sementara (TOL) dan pemberimilikan Tanah perlu melalui saluran PTD.

Bagi kes – kes tukarguna bangunan binaan tanpa izin atau yang berkaitan dengannya perlu dinasihatkan oleh PBT untuk mengemukakan permohonan secara formal.

Mesyuarat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) berfungsi dalam menyelaras keputusan dan tindakan ke atas pembangunan RIBI. Mesyuarat terbahagi kepada 2 peringkat iaitu:-

  • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan RIBI
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan RIBI
  • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan RIBI
  • Peringkat Jabatan Teknikal
  • Dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Pulau Pinang
  • Memastikan semua maklumat kes adalah lengkap dalam membantu “decision making “ Jawatankuasa Penyelarasan RIBI
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan RIBI
  • Dipengerusikan oleh Pengerusi MMK Jawatankuasa Perancangan Bandar & Desa, Perumahan Dan Kesenian
  • Keahlian mesyuarat juga terdiri daripada beberapa ahli DUN yang mewakili pelbagai bangsa dan jabatan-jabatan teknikal
  • Mengesyorkan keputusan/tindakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pelaksanaan.
Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang