JPBD Negeri juga memainkan peranan sebagai penasihat kepada pembangunan projek projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk dibawa dan dibentangkan ke Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) melalui seksyen 20A, Akta 172 : Menjadi kewajipan tiap-tiap Jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk beunding dengan Jawatankuasa mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam Negeri itu,
Ianya juga adalah selaras dengan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 7 Tahun 2009 yang menekankan keperluan urusan rundingan bagi projek-projek pembangunan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya.
Khidmat Nasihat Perancangan
JPBD Negeri turut menyediakan pelbagai khidmat nasihat secara terus dikaunter. Antara Perkhidmatan yang disediakan adalah :
-
Semakan Zon Pembangunan
-
Pra ulasan Permohonan Pembangunan
-
Semakan Keputusan Permohonan Pembangunan
-
Proses Lembaga Rayuan