Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Soalan Lazim

Apakah Perancangan Bandar
Perancang Bandar  dikenali sebagai “Perancang Fizikal” atau “Perancang Kegunaan 
Tanah” Dengan lain perkataan ia adalahsatu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan–kawasan bandar dan juga luar bandar.

 Siapa yang Bertanggungjawab dalam merancang Bandar ?
Di semenanjung Malaysia, kerajaan pusat dan kerajaan negeri sama-sama bertanggungjawab keatas perancangan Bandar dan Desa, dimana Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia berfungsi memberi nasihat secara menyeluruh ke atas dasar dasar perancangan Negara kepada semua kementerian, Jabatan Kerajaan dan separa kerajaan, Manakala Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri berfungsi untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Masing-masing di samping mengawal pembangunan.

Apakah Konsep Perancangan ?
Satu bidang yang dapat menentukan persekitaran kehidupan dan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan berkualiti melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni. Ia melalui proses analisis isu, masalah dan potensi mengemukakan cadangan bagi dasar tindakan dan perancangan serta kawalan penggunaan tanah.

Apakah peruntukan undang undang untuk Aktiviti Perancangan Bandar ?
Akta Perancang Bandar dan Desa  1976 ( Akta 172) adalah peruntukan undang-undang secara langsung
yang menjelaskan siapa yang berperanan dan bertanggungjawab, bidang tugas dan aktiviti-aktiviti perancangan Bandar.

Apa itu Rancangan Pembangunan ?
Rancangan Pembangunan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara, RancanganStruktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, Rancangan Kawasan Khas. Ianya menjadi dokumen rujukan yang sah untuk rangkakerja perancangan,menggalakkan pembangunan pihak berkuasa negeri (PBN)

Apakah Rancangan Fizikal Negara ?
RFN adalah reruang  “Spatial” Negara yang memberi panduan stratigik mengenai arah cirak pembangunan fizikal Negara.

Apakah Rancangan Struktur Negeri ?
Merupakan satu penyertaan bertlis yang mengemukakan  darsr-dasar dan cadangan-cadangan am mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar  dari segi fizikal, perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun.

Apakah Rancangan Tempatan Daerah?
Merupakan suatu pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisidan cadangan cadangan yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Ia menunjukkan secara berskil besar tatatur pembangunan bagi sasuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkandasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Laporan Cadangan Permajuan
Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan seksyen 21A,
Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan
pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan
atau memdirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan,
rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan.
Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukakan.

Kebenaran Merancang
Kebenaran merancang handaklah diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sebelum suatu pemajuan
dapat dimulakan mengikut seksyen 19. Permohonan mendapatkan kebenaran Merancang hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butit-butir dan disertakan dengan dokumendokumen dan pelan pelan yang detetapkan oleh PBT. Sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen  21(1). Seksyen 21(3) berkehendakkan supaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBT boleh mengarahkan permohonan mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjakan belakang bangunan dan sebagainya.

Siapa yang memberi Kebenaran Merancang?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Majlis daerah yang memberi
kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh permohon.

Apakah kegunaan Kebenaran Merancang ?
Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu kebenaran merancang. Ianya untuk PBT mengawal
perancangan dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan
dan menjalankan kerja-kerja pembangunan Apakah kesan jika pembangunan dijalankan tanpa/tidak mematuhi kebenaran Merancang? Ia merupakan kesalahan mandatory dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 500,000,00 atau penjara  dua (2) tahun atau kedua-keduanya sekali. Denda akan dikenakan sehingga RM 5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.

Apakah Lembaga Rayuan?
Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi
peluang kepada  orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran
Merancang yang dibuat oleh  Pihak BerkuasaPerancangan Tempatan

Apakah Rancangan Struktur Negeri ?
Merupakan satu penyertaan bertlis yang mengemukakan  darsr-dasar dan cadangan-cadangan am
mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar  dari segi fizikal,
perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun.

Apakah Rancangan Tempatan Daerah?
Merupakan suatu pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisidan cadangan cadangan yang
terkandung dalam Rancangan Struktur. Ia menunjukkan secara berskil besar tatatur pembangunan
bagi sasuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkandasar-dasar dan
butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Laporan Cadangan Permajuan
Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan seksyen 21A, Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995, yang perlu dikemukakan bersekali dengan pelan tatatur yang dekemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan, rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan. Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan terhadap permohonan yang dikemukakan.

Kebenaran Merancang
Kebenaran merancang handaklah diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sebelum suatu pemajuan
dapat dimulakan mengikut seksyen 19. Permohonan mendapatkan kebenaran Merancang hendaklah
mengikut bentuk dan mengandungi butit-butir dan disertakan dengan dokumendokumen dan pelan pelan
yang detetapkan oleh PBT. Sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen  21(1). Seksyen 21(3) berkehendakkansupaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBT boleh mengarahkan permohonan mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjakan belakang bangunan dan sebagainya.

Siapa yang memberi Kebenaran Merancang?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Majlis daerah yang memberi
kebenaran merancang secara bertulis keatas permohonan yang dikemukakan oleh permohon.

Apakah kegunaan Kebenaran Merancang ?
Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu kebenaran merancang. Ianya untuk PBT mengawal perancangan dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan mnjalankan kerja-kerja pembangunan

Apakah kesan jika pembangunan dijalankan tanpa/tidak mematuhi kebenaran Merancang?
Ia merupakan kesalahan mandatory dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga
RM 500,000,00 atau penjara  dua (2) tahun atau kedua-keduanya sekali. Denda akan dikenakan sehingga 
RM 5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.

Apakah Lembaga Rayuan?
Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi peluang kepada  orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran Merancang yang dibuat oleh  Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan

Apakah kegunaan Kebenaran Merancang ?
Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu kebenaran merancang. Ianya untuk PBT mengawal perancangan dan pembangunan serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan mnjalankan kerja-kerja pembangunan Apakah kesan jika pembangunan dijalankan tanpa/tidak mematuhi kebenaran Merancang? Ia merupakan kesalahan mandatory dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 500,000,00 atau penjara  dua (2) tahun atau kedua-keduanya sekali. Denda akan dikenakan sehingga RM 5000.00 setiap hari kesalahan berterusan.

Apakah Lembaga Rayuan?
Lembaga Rayuan adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bertujuan untuk memberi
peluang kepada  orang awam yang terkilan atau tidak puas hati dengan keputusan Kebenaran Merancang
yang dibuat oleh  Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang