Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) ditubuhkan di bawah Sub Seksyen 4(1) Akta 172 dan dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) sebagai Setiausaha JPN.
Tugas-tugas Jawatankuasa adalah :
- Untuk menggalakkan dalam negeri, dalam bidang dasar negara, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam negeri.
- Untuk mengatur, mengawal merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam negeri
- Untuk menasihatkan Kerajaan Negeri berkenaan dengan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negeri; dan
- Untuk mengusaha, membantu menggalakkan pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan dea dan perkaedahannya.
Jawatankuasa Teknikal Perancang Negeri (JTPN) dipengerusikan oleh YB EXCO Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa. Fungsi JTPN adalah untuk membincangkan kertas kerja yang merangkumi kertas dasar, perlingkungan semula, cadangan garis panduan, permohonan di bawah Seksyen 20A dan kertas rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Perancang Negeri terdahulu. Jawatankuasa ini akan terus menjadi platform untuk membincangkan perancangan pembangunan fizikal dalam negeri.