GEORGETOWN - 28 April 2025, JPBD Pulau Pinang berbesar hati menerima kunjungan dari delegasi Negeri Sabah.
Delegasi yang diketuai oleh Pengarah UPEN Negeri Sabah Datuk Jasmine Teo disambut mesra oleh Timbalan Pengarah JPBD Pulau Pinang bersama warga jabatan. Sepanjang lawatan, pelbagai idea dan pengalaman berkaitan pembangunan bandar, pelaksanaan Sistem Pemantauan Rancangan Struktur Negeri (eMOS) dan SMARTPLAN telah dikongsi dan dibincangkan.
Lawatan ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan antara jabatan, tetapi juga membuka ruang kerjasama lebih erat pada masa hadapan.
Terima kasih JPBW Negeri Sabah atas kunjungan yang penuh bermakna ini. Semoga segala perkongsian menjadi pemangkin kepada pembangunan bandar yang lebih terancang, lestari dan inovatif.
https://www.facebook.com/share/p/12L85SitGPj/
https://www.facebook.com/share/p/12L85SitGPj/