Seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyelaras dan mengawal selia pembangunan industri, projek yang diketengahkan iaitu pembangunan Sistem Inteligence of Smart Industri (I.O.S.I) merupakan satu jalan penyelesaian isu pengurusan tanah industri yang efisien dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan jabatan.
Melalui Sistem I.O.S.I, semua data tanah & pembangunan industri boleh diakses secara tepat dan pantas. Ini akan memberi impak dalam melonjakkan hasil negeri melalui peningkatan pelaburan asing, membuka peluang pekerjaan baharu, meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan serta memperkukuhkan integrasi ekonomi antara bandar dan luar bandar.
Sistem I.O.S.I juga merupakan komitmen jabatan bagi menjadikan Pulau Pinang sebagai Hab Industri berasaskan teknologi sejajar dengan aspirasi Negeri Pulau Pinang ke arah Smart State dan pembangunan berasaskan Data.
Jabatan percaya dengan sistem ini, Kerajaan Negeri akan dapat mengurus, memantau dan mengawal aktiviti industri supaya operasi sektor perindustrian dirancang dengan lebih teratur serta memberi impak positif kepada pembangunan negeri.