Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐€๐“ ๐“๐Ž๐Œ๐Ž๐‘๐‘๐Ž๐– ๐‚๐ˆ๐“๐˜ ๐’๐‡๐€๐๐†๐‡๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐“๐‚๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“) | ๐Ÿ-๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐€๐“ ๐“๐Ž๐Œ๐Ž๐‘๐‘๐Ž๐– ๐‚๐ˆ๐“๐˜ ๐’๐‡๐€๐๐†๐‡๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐“๐‚๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“) | ๐Ÿ-๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

PLANMalaysia, menerusi Pusat Perancangan Bandar Pintar (PLAN-BP), telah menjemput PLANMalaysia Pulau Pinang untuk menyertai Tomorrow City Shanghai 2025. Program ini dianjurkan oleh Smart City Expo World Congress (SCEWC) dengan kerjasama Shanghai Municipal Data Bureau, Shanghai Foreign Affairs Office dan Shanghai Pudong New Area Peopleโ€™s Government di Shanghai, China pada 1 hingga 7 September 2025.

TCS 2025 menjadi platform bagi pakar teknologi dan pembuat dasar untuk berkongsi pandangan serta meneroka peluang kerjasama di seluruh rantau Asia, termasuk Malaysia.
Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Rozita Binti Hamit, delegasi mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan membuat pembentangan pada slot city show yang memaparkan perancangan dan kejayaan bandar-bandar di Pulau Pinang yang bertajuk :

๐’๐Œ๐€๐‘๐“๐๐‹๐€๐ ๐๐ž๐ง๐š๐ง๐  : ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐š๐ญ๐ž๐ ๐†๐ž๐จ๐ฌ๐ฉ๐š๐ญ๐ข๐š๐ฅ ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ข๐ ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐“๐จ๐ฐ๐š๐ซ๐๐ฌ ๐’๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ข๐ง๐š๐›๐ฅ๐ž ๐’๐ฆ๐š๐ซ๐ญ ๐’๐ญ๐š๐ญ๐ž

PLANMalaysia Pulau Pinang telah dipilih menyertai dan membentangkan inisiatif pelaksanaan bandar pintar di peringkat Negeri dan Tempatan khususnya dalam penyediaan Blueprint serta Pelan Tindakan Bandar Pintar yang berjaya diiktiraf di dalam Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia.

Penglibatan ini adalah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dalam mempromosikan insiatif pelaksanaan Digital Twin dan Smart State sehingga peringkat antarabangsa. Bersama-sama, Pulau Pinang melangkah ke hadapan untuk memacu pembangunan bandar yang lebih pintar dan inklusif menuju Smart Nation 2040.


YBhg. Datoโ€™ TPr Gs. Rozita Hamit