Penglibatan PLANMalaysia Pulau Pinang secara langsung pada acara berprestij ini, telah mengangkat amalan perkongsian serta inisiatif pelaksanaan berkaitan bandar pintar Negeri Pulau Pinang kepada pihak berkepentingan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merangkap Presiden UN-Habitat, agensi PBB yang menerajui agenda pembangunan bandar lestari di peringkat global.
Pameran PLANMalaysia Pulau Pinang di ASCN8 berkaitan:
Penglibatan ini mencerminkan komitmen PLANMalaysia Pulau Pinang supaya kehadapan dalam mendukung dan mempromosikan bandar pintar Pulau Pinang. Usaha murni ini dapat mengorak langkah ke arah pembentukan negeri pintar bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2030.
PLANMalaysia Pulau Pinang juga merakamkan setinggi penghargaan serta terima kasih kepada sekretariat dan Pusat Perancangan Bandar Pintar PLANMalaysia (PLAN-BP) di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan. PLANMalaysia Pulau Pinang sentiasa komited di dalam menyokong dan melaksanakan Agenda Bandar Pintar Malaysia bersama-rakan rakan strategik yang telah bersama-sama menimba pengalaman dan bertukar pengetahuan di dalam Pameran Smart City Connect pada sesi ini.
YBhg. Datoβ TPr Gs.Rozita Hamit