Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO GEORGE TOWN (PENGGANTIAN)

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO GEORGE TOWN (PENGGANTIAN)

Publisiti dan Penyertaan Awam Pada 28 September - 28 Oktober 2022 (4 minggu)

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang Bil.7/2022 yang bersidang pada 27 Julai 2022 telah bersetuju meluluskan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town (Penggantian). Program publisiti ini akan bermula pada 28 September 2022 sehingga 28 Oktober 2022 bertempat di 3 lokasi utama iaitu :-

a) Ruang Legar, Aras 3, (Berhadapan Kaunter PTG)
    Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
    10000 George Town
    Pulau Pinang
 
b) Ruang Legar, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
    Menara Bandaraya
    Bandar Perda
    14000 Bukit Mertajam
    Pulau Pinang

c) Pejabat PLANMalaysia@Pulau Pinang,
    Paras 57, KOMTAR.
    10000 George Town.

Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town (Penggantian) merupakan satu pelan cadangan yang terperinci dan telah diterjemahkan kepada dua (2) buah laporan Draf Akhir (Jilid I : Strategi Pengurusan Dan Tindakan & Jilid II : Kawalan Pembangunan). Ianya disediakan bagi menggantikan Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town yang telah diwartakan pada 1 September 2016.

Draf RKKTWDUGT (Penggantian) perlu dipublisitikan selaras dengan seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, [Akta 172] untuk memberi hebahan kepada orang ramai mengenai kandungan-kandungan yang terdapat dalam laporan tersebut dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan maklum balas, cadangan atau bantahan terhadap cadangan perancangan yang terkandung dalam laporan tersebut.

Oleh itu, semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas kandungan dokumen ini di lokasi-lokasi pameran tertera atau secara atas talian melalui applikasi dan mengemukakan maklum balas, cadangan atau bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 28 Oktober 2022

Untuk pengguna Android dan IOS boleh memuat turun aplikasi dengan klik link disini.
Aplikasi hanya akan diaktifkan pada 28 September 2022 bagi pengguna Android. Bagi peranti yang menggunakan platform IOS, aplikasi hanya boleh diakses seminggu selepas tarikh berkenaan.

Tuan/ Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-


BIL

PERKARA

DOKUMEN

1

Ringkasan Eksekutif

Muat-Turun

2

Laporan Draf RKK Jilid I : Strategi Pengurusan Dan Tindakan        

Muat-Turun

3

Laporan Draf RKK Jilid II : Kawalan Pembangunan

Muat-Turun

4

Draft Report Jilid I : Management Strategies And Actions

Muat-Turun

5

Draft Report Jilid II : Development Control

Muat-Turun

6

Banner

Muat-Turun

7

Streamer

Muat-Turun

8

Notis Akhbar

Muat-Turun

9

Risalah

Muat-Turun

10

Poster

Muat-Turun

11

Bahan Pameran (Pop Up Display)

Muat-Turun

12

Notis Akhbar

Muat-Turun

13

Borang Bantahan Awam

Muat-Turun

14

Borang Bantahan Awam Dalam Talian (Google Form)

Muat-Turun

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang