Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1959, iaitu negeri keempat selepas Perak, Johor dan Selangor. Antara peranan utama ketika itu adalah untuk melaksanakan tugas-tugas utama Perancang Bandar termasuk aspek kawalan susunatur dan Perancangan Bandar melalui penyediaan pelan induk jangka panjang.
Dinamakan sebagai Pejabat Perancang Bandar Wilayah Utara dengan pejabat pertama di Fort Cornwallis, George Town. Pada 5 Mei 1962 - dinamakan sebagai ‘Pejabat Perancang Negeri’ dan mula beroperasi / berpindah dengan pejabat operasi yang lebih besar di bangunan Tunku Syed Putra, Lebuh Downing pada 5 Mei 1962.
Tugas jabatan secara menyeluruh bermula pada Jun 1982, apabila negeri ini menerima pakai Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) yang memberi kuasa kawalan dan perancangan melalui Jawatankuasa Perancangan Negeri, Kawalan Pembangunan serta penyediaan Rancangan Pemajuan sebagai instrumen kawalan perancangan.
Kini, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang telah berpindah ke bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) semenjak 1984 sehingga sekarang.