Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Permohonan Projek Kerajaan (Seksyen 20A), Akta 172

JPBD Negeri juga memainkan peranan sebagai penasihat kepada pembangunan projek projek Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk dibawa dan dibentangkan ke Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) melalui seksyen 20A, Akta 172 :

Menjadi kewajipan tiap-tiap Jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Jawatankuasa mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam Negeri itu.”

Jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri boleh merujuk kepada Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Bilangan 2/2022 – Peluasan dan Penambahbaikan Urusan Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi Projek – Projek Pembangunan Kerajaan. Pemakaian tersebut telah berkuatkuasa setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 9/2022 bertarikh 20 September 2022.

Untuk rujukan boleh klik link di bawah

Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Bilangan 2/2022 – Peluasan dan Penambahbaikan Urusan Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi Projek – Projek Pembangunan Kerajaan

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang