pegenalan
Merupakan kenyataan
Merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi panduan yang menjadi rujukan dalam meluluskan pembangunan. Ianya digunakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dalam mengawal pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan selamat dalam aktiviti guna tanah. Setiap pemajuan oleh sesiapapun, perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.
Apa Faedahnya Mengetahui Garis Panduan dan Piawaian Perancangan ini? Bila masa ia Digunakan?
Perancangan dan pembangunan yang dimajukan akan digunakan oleh pihak awam, oleh itu pihak awam perlu sedar hak dan apa yang berlaku di kawasan petempatan mereka. Membantu bagi menyedarkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBPT mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip perancangan. Mampu memberikan komen dan pendapat mengenai sistem petempatan yang lebih baik kepada PBPT.
Apa Kepentingan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan?
Sekiranya tiada garis panduan dan kawalan terhadap pembangunan bandar, akan berlaku masalah-masalah perbandaran yang lebih serius. Akibat tiada perancangan dan kawalan, wujud kawasan sesak seperti di kawasan setinggan.
Kebaikan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan
- Penyediaan susun atur, reka bentuk bangunan serta kemudahan asas dan awam dapat diselaraskan untuk mencapai proses perancangan yang lebih berkesan.
- Boleh mengelakkan daripada percanggahan guna tanah atau bangunan melalui pemakaian piawaian ketumpatan penduduk dan bangunan.
- Dapat membantu mewujudkan alam persekitaran yang selesa untuk difahami.
Panduan Perancangan (Semakan Semula)
Sejak 1997 hingga 2005, sejumlah 41 Garis Panduan dan Piawaian Perancangan telah disediakan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan. Pada tahun 2008, Jabatan telah memutuskan agar kesemua garis panduan tersebut dikajisemula kandungan dan format penulisannya agar lebih mesra pengguna untuk digunakan. Dalam proses kajian semula kesemua garis panduan tersebut telah diteliti dan beberapa garis panduan telah digabungkan dan dijumudkan.
Pembahagian garis panduan dijelaskan seperti jadual beriku
Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 23-04-2012
Jumlah pengunjung kandungan: 19,487 |