PERTANDINGAN LENSA KREATIF SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2021 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
1.0 TUJUAN
- Memperkukuhkan pemahaman dan seterusnya membuka peluang yang lebih luas untuk rakyat menghargai peranan Perancang Bandar Malaysia dalam mencorak pembangunan bandar yang lebih mampan dan berkualiti.
- Memupuk semangat dalam mengintegrasikan nilai kerohanian dalam perancangan bandar di Negeri Pulau Pinang dengan mengambil kira hubungan antara Manusia dengan Pencipta, Manusia dengan Manusia dan Manusia dengan Alam Sekitar.
- Menjadi pangkalan data-data yang boleh menjadi koleksi berhubung dengan kelestarian pembangunan Negeri Pulau Pinang.
- Menyemai minat dalam kalangan orang ramai dengan menjadikannya sebagai kerjaya atau profesion yang beretika.
2.0 PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia KECUALI urus setia dan juri pertandingan.
Untuk tujuan pendaftaran boleh klik di link berikut :- https://bit.ly/Lensa100PulauPinang
3.0 TEMA
‘100 Tahun Perancangan Bandar Pulau Mutiara’
Negeri Pulau Pinang dilihat telah berkembang pesat sejak dahulu lagi bermula dengan pembukaan Bandar George Town pada sekitar tahun 1786 dan menjadi salah sebuah negeri termaju di Malaysia sehingga kini. Pengiktirafan George Town pada 7 Julai 2008 oleh UNESCO World Heritage telah melonjakkan lagi imej Negeri Pulau Pinang dan turut menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia yang masih mengekalkan nilai-nilai warisan yang unik. Dalam 100 tahun ini, bandar seperti George Town di kawasan pulau dan Butterworth di Seberang Perai merupakan antara bandar-bandar terawal di Malaysia yang melalui banyak evolusi dari segi perancangan, rekabentuk bangunan, ekonomi dan peningkatan populasi.
4.0 KRITERIA PENGHANTARAN
- Karya penyertaan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 2 dan tidak melebihi 4 gambar (photo) beserta kenyataan gambar yang berkait dengan tema yang diberikan. (Contoh adalah sebagaimana di Lampiran A);
- Karya penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk POSTER Hard Copy : saiz A4 (210 × 297mm) DIGITAL ART PRINTS dilekat pada mounting board bewarna hitam. Sila nyatakan nama penuh, alamat email, nombor telefon dan tajuk yang dipilih di belakang mounting board.
- Semua karya penyertaan juga hendaklah disimpan dalam format PDF dengan resolusi sekurang-kurangnya 300dpi atau format Cetakan Berkualiti Tinggi (High Resolution Format) dan dihantar dalam bentuk CD / DVD untuk memastikan ketulenan gambar dan tidak ditiru atau diciplak dari mana-mana media.
- Semua penyertaan perlu dibuat mengikut format dan garis panduan seperti berikut:
- Penyertaan mestilah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris;
- Semua gambar mesti disertakan dengan kenyataan gambar;
- Lokasi tempat bagi setiap gambar perlu dinyatakan dalam kenyataan gambar;
- Penyertaan boleh disediakan dalam orientasi potret atau landskap; dan
- Gambar-gambar boleh dihasilkan dalam bentuk berwarna atau hitam dan putih.
5.0 TERMA DAN RUJUKAN
- Pertandingan Lensa Kreatif ini adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia KECUALI urus setia pertandingan dan juri pertandingan.
- Tarikh tutup pertandingan adalah pada 2 Disember 2021 (Khamis). Pemenang akan diumumkan pada Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang.
- Teknik cropped atau etched pada gambar adalah dibenarkan.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya penyertaan yang dikehendaki. (satu penyertaan untuk satu borang sahaja)
- Gambar hendaklah diambil di dalam Negeri Pulau Pinang sahaja.
- CONTOH gambar yang boleh diambil meliputi sistem pengangkutan laut dan darat, jalan raya, laluan pejalan kaki, kemudahan-kemudahan awam, bangunan-bangunan, lanskap bandar, alam semulajadi dan lain-lain eleman fizikal dan sosial yang menggambarkan perancangan bandar yang dinamik di Negeri Pulau Pinang.
- Kesemua gambar dan penulisan/ penceritaan yang diserahkan mestilah ASLI dan dihasilkan sendiri oleh peserta. Pengubahsuaian gambar atau sebarang penggunaan plagiat, peniruan atau diciplak adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali dan gambar tidak boleh diubah dari imej asal. Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar-gambar dan penulisan cerita dengan tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak-hak harta privasi / publisiti atau intelek mana-mana individu atau entiti dan tiada pihak lain mempunyai apa-apa hak, hak milik, tuntutan atau kepentingan dalam gambar tersebut.
- Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta adalah:
- Terikat dengan peraturan rasmi penganjur;
- Keputusan hakim adalah muktamad ke atas semua perkara berkaitan dengan pertandingan ini; dan
- Penganjur berhak untuk menggunakan penyertaan yang berjaya seperti nama pemenang, artikel / gambar dan suara dalam sebarang publisiti atau pengiklanan yang berkaitan dengan peraduan atau promosi masa hadapan tanpa pampasan atau kelulusan. Semua karya penyertaan akan menjadi hak penganjur dan tidak akan dikembalikan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana penyertaan yang rosak atau hilang semasa dalam perjalanan.
- Penganjur berhak untuk membatalkan sebarang karya penyertaan yang tidak mematuhi terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.
- Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk rayuan dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Semua penyertaan mestilah diterima sebelum atau pada tarikh akhir penyertaan iaitu pada 2 Disember 2021 (Khamis). Sila cetak borang penyertaan dari Laman Web Rasmi PLANMalaysia@Pulau Pinang di alamat https://jpbd.penang.gov.my/. Pastikan semua maklumat dinyatakan di ruang yang telah ditetapkan. Permohonan yang disertakan dengan borang yang tidak lengkap akan dibatalkan.
- Karya penyertaan hendaklah dilampirkan dengan borang penyertaan beserta CD / DVD dan dihantar ke alamat :-
Urusetia,
Pertandingan Lensa Kreatif Sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang
Bahagia Korporat
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang)
Aras 57, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
10000 George Town
Pulau Pinang.
6.0 HADIAH PERTANDINGAN
- Tempat Pertama : Wang Tunai RM 1,000.00
- Tempat Kedua : Wang Tunai RM 500.00
- Tempat Ketiga : Wang Tunai RM 300.00
- 20x Pemenang Saguhati Terbaik : Wang Tunai RM 50.00
(Pemenang akan dihubungi melalui surat/ telefon dan akan dijemput hadir ke Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2021 Peringkat Negeri Pulau Pinang)
7.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan boleh menghubungi:
Nama : Mohd Khairi bin Mat Yasin
Tel. : 04-650 5543
E-mel :
Nama : Muhammad Najmi bin Salim
Tel. : 04-650 5588
E-mel :
Nama : Ku Muhamad Jannatul Quldie bin Ku Mohamad
Tel. : 04-650 5588
E-mel :
Waktu berurusan / urus setia pertandingan:
Isnin – Jumaat : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Sabtu dan Ahad : Tutup