๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐)
BAYAN LEPAS, 20 Jun 2025 - YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah hadir ke Eastin Hotel Pulau Pinang bagi meluncurkan Pelan Induk Perindustrian Negeri Pulau Pinang 2030 yang mana ๐ฃ๐๐น๐ฎ๐ ๐ฃ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป๐ด ๐บ๐ฒ๐ฟ๐๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ป๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ป๐๐ฎ ๐ฑ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ป๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ก๐ฒ๐ ๐๐ป๐ฑ๐๐๐๐ฟ๐ถ๐ฎ๐น ๐ ๐ฎ๐๐๐ฒ๐ฟ ๐ฃ๐น๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฏ๐ฌ (๐ก๐๐ ๐ฃ ๐ฎ๐ฌ๐ฏ๐ฌ) ๐ฑ๐ถ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ ๐ก๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น.
Majlis Peluncuran PIPNPP 2030 ini dianjurkan bersama rakan kolaborasi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Invest-in-Penang Berhad dan melibatkan sejumlah 50 kakitangan untuk menjayakan program ini.
Pelan Induk ini disediakan bagi melihat keadaan semasa sektor perindustrian Pulau Pinang dan menyelesaikan isu-isu perindustrian di peringkat tempatan seperti konflik guna tanah, keperluan program pemutihan, penyediaan asrama pekerja dan pencemaran alam sekitar. Seterusnya membentuk hala tuju perancangan dan pembangunan industri pada masa hadapan supaya lebih berdaya tahan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Peluncuran ini juga turut melibatkan Modul Smart Industry, yang memaparkan PIPNPP 2030 dalam bentuk maklumat digital serta dapat membantu Kerajaan negeri dalam membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat. Antara maklumat tersebut adalah jenis taman perindustrian, keluasan tanah dan kesediaan tanah. Penyediaan PIPNPP 2030 ini juga adalah selaras dengan dasar perancangan di bawah Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP2030) sejak ia diwartakan pada tahun 2019. Oleh hal demikian dengan adanya Pelan induk ini, maka langkah seterusnya Pelan Induk ini akan membantu penyediaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 yang kini dalam peringkat penyediaan.
Majlis tersebut turut dihadiri Yang Berhormat Tuan H'ng Mooi Lye (Pengerusi MMK Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa), YBhg. Dato' Aziz bin Bakar (CEO PDC), YBhg. Datoโ Ir. Rajendran A/L P. Anthony (Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, MBPP), YBhg. Datoโ Loo Lee Lian (CEO Invest-in-Penang), dan dihadiri peserta daripada pelbagai latar belakang antaranya jabatan / agensi kerajaan, pemaju, perunding, persatuan pengilang dan peniaga, dan syarikat โ syarikat pengilang.
https://www.facebook.com/share/p/1GXwBa6VA8/
https://www.facebook.com/share/p/1GXwBa6VA8/