Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

LAWATAN KERJA RASMI YB DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KE JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA NEGERI PULAU PINANG

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ π‘π€π’πŒπˆ 𝐘𝐁 πƒπ€π“πŽ' π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† (ππ‹π€ππŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ†)
GEORGE TOWN, 10 Julai 2025 - Jabatan telah menerima lawatan kerja rasmi daripada YB Dato’ Hj Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Beliau turut diiringi oleh YBrs. Tuan Muhamad Ghopran bin Yeop Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan).
Ketibaan YB Dato' SUK telah disambut oleh YBhg. Dato’ TPr Gs. Rozita binti Hamit, Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang, bersama-sama barisan pegawai kanan jabatan.
Dalam sesi bersama warga kerja jabatan, YB Dato' SUK turut menekankan kepentingan budaya kerja cemerlang dalam kalangan penjawat awam. Antara aspek yang ditekankan termasuk keperluan memahami dan mengaplikasikan kaedah kerja yang berstruktur seperti ABCDE Method, Law of Three, serta usaha berterusan dalam meningkatkan kemahiran, sikap tanggungjawab, dan pendekatan kerja yang proaktif.

Beliau turut menggalakkan amalan VAS – iaitu Volume, Accuracy dan Speed – sebagai indikator kecemerlangan prestasi kerja, di samping menekankan kepentingan hubungan kerja yang baik, komunikasi berkesan serta sikap saling menghormati antara satu sama lain dalam mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan berdaya saing.

https://www.facebook.com/share/p/16hXaYaoUs/