Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ† 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ’

SEBERANG JAYA, 14 Ogos 2025 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 telah berlangsung di Hotel The Light, Seberang Jaya dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow. Turut hadir ialah YB Dato' Seri Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Dato' TPr Gs. Rozita binti Hamit, Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang termasuk barisan pengurusan tertinggi negeri dan ketua-ketua jabatan yang lain.

YBhg. Dato' Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
1. Encik Mohd Fikri bin Misro - Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J9
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
2. Encik Shaharil bin Mohamad - Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA6
3. Puan Famiza binti Zulkiflee- Setiausaha Pejabat N6
4. Encik Norrazi bin Ismail - Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JA5
5. Puan Norashida binti Sulaiman – Pelukis Pelan (Kanan) N2
6. Encik Hasraf bin Shaikh Hussin – Pembantu Tadbir N1

Semoga semua penerima akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang untuk Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang).
TAHNIAH!