Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 π’π„πƒπ”ππˆπ€ (𝐇𝐏𝐁𝐒) πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† || πŸπŸ‘ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ“ || ππ„π‘πŠπ€π‘π€ππ†π€π π“π€ππ€πŠ π’πˆπ€ ππŽπ„π˜,

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 π’π„πƒπ”ππˆπ€ (𝐇𝐏𝐁𝐒) πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 ππˆππ€ππ† || πŸπŸ‘ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ“ || ππ„π‘πŠπ€π‘π€ππ†π€π π“π€ππ€πŠ π’πˆπ€ ππŽπ„π˜, π†π„πŽπ‘π†π„ π“πŽπ–π.

Bertemakan β€œPEMBAHARUAN SEMULA BANDAR: AGENDA KESEJAHTERAAN RAKYAT PULAU PINANG” Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 23 Oktober 2025 bertempat di Perkarangan Tapak Sia Boey, George Town.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan H’ng Mooi Lai, Exco Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa dengan dihadiri pelbagai jabatan, agensi negeri, badan berkanun, penglibatan IPTA dan rakan strategik.

Rangkuman program adalah seperti berikut:
✨Ucapan perasmian oleh YB Tuan H’ng Mooi Lye.
✨Penyampaian Sijil Penghargaan MURNInets
✨Penyampaian Anugerah Tokoh Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang Tahun 2025
✨Penyampaian Sijil Penghargaan Reruai Pameran
✨Lawatan Reruai Pameran

Program HPBS diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh :
βœ… Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia Ibu Pejabat,
βœ…Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang
βœ…Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang
βœ…Akitek OA

Anugerah Tokoh Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2025 dianugerahkan kepada Mantan Pengarah JPBD Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Haji Mohd Zaki Bin Ibrahim yang telah berkhidmat selama (24 Disember 1993 – 2000).

Dengan itu, PLANMalaysia Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan HPBS Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025. Semoga kita terus melangkah seiring menuju Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang lebih cemerlang di Negeri Pulau Pinang.


Link posting Facebook
 https://www.facebook.com/share/p/19wjPgUwPE/