Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

LAWATAN KERJA RASMI KE MAJLIS PERBANDARAN KULIM, KEDAH (MPKK)

π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ— , 2 Disember 2025 - Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) telah mengadakan lawatan kerja ke Kulim Intelligent Command Center (KICC) bagi meninjau pelaksanaan teknologi bandar pintar serta sistem pemantauan bersepadu di Majlis Perbandaran Kulim.

Ketibaan rombongan daripada PLANMalaysia Pulau Pinang diketuai oleh YBhg. Dato’ TPr Gs. Rozita Binti Hamit, Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang disambut oleh Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim bersama Pegawai-pegawai kanan Majlis.

Lawatan ke Kulim Intelligent Command Centre (KICC) pada hari ini amat signifikan, bukan sahaja sebagai sesi pembelajaran, tetapi sebagai langkah strategik dalam usaha PLANMalaysia Pulau Pinang memperkukuh hala tuju jabatan ke arah pembangunan bandar pintar berbentuk holistik dan bersepadu.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Kulim di atas sambutan mesra dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Lawatan ini membuka ruang dan pertukaran idea serta peluang kerjasama dalam meningkatkan kecekapan perancangan dan pengurusan bandar seiring dengan arus pembangunan semasa.

Semoga hubungan strategik antara PLANMalaysia Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Kulim dapat terus diperkukuhkan dalam usaha mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat, efisien dan mampan.

Sekian, terima kasih.