๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ ๐ง๐ข๐ช๐ก - Jambatan Gurney yang telah dibina oleh Pemaju Pulau Andaman iaitu Tetuan E&O Berhad kini boleh di akses melalui Bulatan Gurney dan akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam mulai 12 Disember 2025. Ianya membolehkan laluan terus dari Gurney Drive ke Pulau Andaman. Laluan utama ke Pulau Andaman melalui Bulatan Gurney akan dibuka kepada orang awam pada tarikh tersebut. Pada masa yang sama, Jambatan Andaman yang terletak besebelahan Straits Quay juga akan dibuka kepada orang ramai.
Walau bagaimanapun, memandangkan Pulau Andaman sedang dalam proses pembangunan serta untuk tujuan keselamatan, bahagian jambatan yang menuju ke Pulau Andaman akan ditutup setiap hari dari jam 11.00 malam hingga 6.00 pagi. Laluan seksyen ini akan dikawal melalui pondok pengawal yang dilengkapi dengan pintu berpalang (boom gate) dan sistem pembaca nombor pendaftaran kenderaan (License Plate Recognition System โ LPR).
Buat masa ini, Bulatan Gurney akan terus beroperasi seperti biasa. Pihak pemaju akan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian Bulatan Gurney selaras dengan pelan jalan dan parit yang telah diluluskan dan notis rasmi perubahan trafik akan dikeluarkan kepada orang awam sebelum kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan oleh pemaju.
Pihak pemaju telah diarahkan untuk memastikan pergerakan trafik yang teratur dan selamat untuk semua pengguna, dan akan terus memberikan makluman berkala mengenai sebarang perubahan laluan atau pembukaan baharu di kawasan tersebut.
YBhg. Datoโ TPr Gs. Rozita Hamit