Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Lawatan Teknikal ke MUO Analytic Centre (MAC), Unit Malaysia Urban Observatory (MUO), PLANMalaysia Ibupejabat di Putrajaya



Tarikh 24 April 2025 - Lawatan Teknikal Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) ke MUO Analytic Centre (MAC), Unit Malaysia Urban Observatory (MUO), PLANMalaysia Ibupejabat di Putrajaya.
Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang, YBhg. Dato' TPr. Gs Rozita binti Hamit bersama 9 orang pegawai dari Unit Maklumat Guna Tanah&ICT, PLANMalaysia Pulau Pinang telah diberi taklimat pengenalan berkenaan fungsi dan objektif Sistem Malaysia Urban Observatory (MUO) ini telah disampaikan oleh Encik Peter Valentine Amandus Jr., Ketua Unit MUO. Peserta lawatan juga diberikan sesi teach-in berkaitan penggunaan ArcGIS Dashboard, yang dikendalikan oleh pasukan teknikal Unit MUO.

Manfaat dari Lawatan :-

1. Penggunaan maklumat lebih dari 100 dashboard MUO
2. Perkongsian yang dapat dilakukan melalui maklumat sediada melalui dashboard MUO
3. Pembangunan dashboard dari maklumat sediada jabatan
4. Idea bagaimana maklumat generate ke dashboard dapat membantu polisi maker dalam membuat keputusan yang cepat & tepat
5. Mempelajari teknik membangunkan dashboard menggunakan ArcGiS Dashboard melalui platform MUO
6. Perancangan sekiranya idea Pembangunan Penang Urban Obervatory (PUO) sebagai satu pusat data negeri
PLANMalaysia Pulau Pinang amat meghargai dan berterimakasih kepada MUO Analytic Centre (MAC), Unit Malaysia Urban Observatory (MUO), PLANMalaysia Ibupejabat kerana dapat meluangkan masa dalam berkongsi ilmu dan pengalaman serta cabaran di dalam pembangunan MUO serta sesi Teach-in atau Transfer of Technology. Semoga kerjasama jaringan profesional sebegini dapat direalisasikan secara berkala kerana perkembangan teknologi GIS, Internet Of Thing, Artificial Intelligence dan lain-lain yang terlalu cepat berkembang serta keperluan data di dalam perbagai medium di dalam urusan kerja seharian sesama agensi

https://www.facebook.com/share/p/1RM3vRzhkT/