Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐕𝐈𝐒𝐈𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐄𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐕𝐈𝐒𝐈𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐄𝐑 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐄𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

GEORGE TOWN - Cawangan Perancangan, Jabatan Tanah Dan Survey Sarawak telah mengadakan Program Technical Visit And Planning Officer Conference 2025 di Pulau Pinang pada 8 Julai 2025 sehingga 10 Julai 2025. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang adalah selaku urusetia bersama sebagai memudahcara urusan bersama Jabatan Teknikal berkaitan di dalam program ini.

Program ini merupakan satu platform perkongsian pengalaman perancangan di Negeri Pulau Pinang bersama Cawangan Perancangan, Jabatan Tanah Dan Survei berkenaan amalan perancangan dan pengalaman dalam pembangunan persisiran pantai, pembangunan skim berstrata, pembangunan lereng bukit dan perancangan dan pemuliharaan zon kawasan warisan.

PLANMalaysia Pulau Pinang sangat berterima kasih kepada Jabatan Konservasi Warisan MBPP, Jabatan Perancangan Pembangunan MBPP, Pesuruhjaya Warisan Negeri, Perbadanan Bukit Bendera dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang atas kerjasama yang diberikan di dalam menjayakan program ini.

PLANMalaysia Pulau Pinang juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Cawangan Perancangan, Jabatan Tanah Dan Survei Negeri Sarawak atas kepercayaan kepada Jabatan selaku urusetia bersama dan memilih Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi menimba ilmu berdasarkan pengalaman perancangan di negeri ini.


https://www.facebook.com/share/p/1Es3mU1Npa/