πππππππ ππππππππ ππππ πππππππππππ ππππππ πππππππ (ππππ) ππππ πππππππππ ππππππ πππππ ππππππ || ππ πππππππ ππππ || πππππππππππ πππππ πππ ππππ, ππππππ ππππ.
Bertemakan βPEMBAHARUAN SEMULA BANDAR: AGENDA KESEJAHTERAAN RAKYAT PULAU PINANGβ Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia
(HPBS) 2025 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 23 Oktober 2025 bertempat di Perkarangan Tapak Sia Boey, George Town.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hβng Mooi Lai, Exco Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa dengan dihadiri pelbagai jabatan, agensi negeri, badan berkanun, penglibatan IPTA dan rakan strategik.
Rangkuman program adalah seperti berikut:

Ucapan perasmian oleh YB Tuan Hβng Mooi Lye.

Penyampaian Sijil Penghargaan MURNInets

Penyampaian Anugerah Tokoh Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang Tahun 2025

Penyampaian Sijil Penghargaan Reruai Pameran

Lawatan Reruai Pameran
Program HPBS diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu oleh :

Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan, PLANMalaysia Ibu Pejabat,

Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang

Akitek OA
Anugerah Tokoh Perancang Bandar Dan Desa Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2025 dianugerahkan kepada Mantan Pengarah JPBD Negeri Pulau Pinang, YBhg. Datoβ Haji Mohd Zaki Bin Ibrahim yang telah berkhidmat selama (24 Disember 1993 β 2000).
Dengan itu, PLANMalaysia Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan HPBS Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2025. Semoga kita terus melangkah seiring menuju Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang lebih cemerlang di Negeri Pulau Pinang.
Link posting Facebook https://www.facebook.com/share/p/19wjPgUwPE/