Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

π—₯π—”π—‘π—–π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—žπ—’π—₯𝗣𝗒π—₯𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 (π—₯π—žπ—) 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—–π—”π—‘π—š 𝗕𝗔𝗑𝗗𝗔π—₯ 𝗗𝗔𝗑 π——π—˜π—¦π—” π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—£π—¨π—Ÿπ—”π—¨ π—£π—œπ—‘π—”π—‘π—š (π—£π—Ÿπ—”π—‘π— π—”π—Ÿπ—”π—¬

π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ— , 30 November – Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Rancangan Korporat Jabatan (RKJ) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kulim dari 30 November hingga 2 Disember 2025.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah JPBD Pulau Pinang, YBhg. Dato’ TPr Gs. Rozita binti Hamit, dengan kehadiran penuh barisan pengurusan PLANMalaysia Pulau Pinang.
Pembentangan meliputi:

β€’ Pencapaian Jabatan Tahun 2025
β€’ Perancangan program / kajian setiap bahagian bagi tahun 2026
β€’ Laporan status kewangan 2025
β€’ Bajet yang diluluskan untuk tahun 2026

Memetik ucapan amanat, YBhg. Dato’ Pengarah menekankan kepentingan komitmen dan sinergi pasukan, serta menyeru semua warga jabatan untuk terus memberikan prestasi terbaik. Beliau menegaskan bahawa kejayaan organisasi hanya dapat dicapai melalui kerjasama yang kukuh, pemikiran strategik dan kesediaan untuk berubah ke arah yang lebih baik.

RKJ ini diadakan bagi memperkukuh hala tuju jabatan dan memastikan perancangan strategik dilaksana secara lebih tersusun. Dengan semangat kerja berpasukan yang utuh, jabatan beriltizam meningkatkan prestasi serta mencapai sasaran strategik PLANMalaysia Pulau Pinang.

YBhg. Dato’ TPr Gs. Rozita Hamit