Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

PENGUBAHAN GAMBARAJAH UTAMA RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2030 (RSNPP 2030)

PENGUBAHAN GAMBARAJAH UTAMA RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2030 (RSNPP 2030)
RAJAH 14   GAMBARAJAH UTAMA RSNPP 2030 (1)
Publisiti dan Penyertaan Awam bermula pada 25 November 2024 – 24 Disember 2024 (4 minggu).
Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang (JPN) Bil.11/2024 yang telah bersidang pada 19 November 2024 telah bersetuju meluluskan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Pengubahan Gambarajah Utama Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP 2030). Program publisiti ini akan bermula pada 25 November 2024 sehingga 24 Disember 2024 bertempat di 3 lokasi utama iaitu:-

a) Tingkat 57,
Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang
(PLANMalaysia Pulau Pinang), KOMTAR
10000 George Town,
Pulau Pinang.

b) Tingkat 3,
Ruang Legar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), KOMTAR
10000 George Town,
Pulau Pinang.

c) Ruang Legar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC),
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu,
No 1. Persiaran Mahsuri,
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang.



POPUP BANNER

Pengubahan Gambar Rajah Utama Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 yang dimaksudkan adalah hanya melibatkan Gambar Rajah Utama RSNPP 2030 Muka Surat E-6 yang telah diwartakan. Hal ini tertakluk kepada Subseksyen 11(2), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Sehubungan dengan itu, semua pihak dijemput untuk membuat semakan ke atas gambarajah utama ini di lokasi-lokasi pameran tertera atau secara atas talian melalui applikasi dan mengemukakan maklum balas, cadangan atau bantahan bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 24 Disember 2024.


PELAN PENGUBAHAN