Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

PEMATUHAN PEMAKAIAN PAS KESELAMATAN DAN KAD PENGENALAN JABATAN DI KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/ Puan berhubung perkara di atas.

2.     Sukacita dipohon perhatian YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/ Puan berhubung Arahan Pemakaian Pas Keselamatan atau Kad Pengenalan Jabatan berdasarkan Akta Kawasan-kawasan dan Tempat-tempat Larangan 1959 serta peraturan-peraturan semasa yang berkaitan.

3.     Sehubungan dengan itu, YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/ Puan adalah diingatkan supaya sentiasa memakai Pas Keselamatan atau Kad Pengenalan Jabatan yang dibekalkan dan memastikan pelawat juga sentiasa memakainya ketika memasuki dan berada di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

4.     Pentadbiran ini akan sentiasa memantau dan melaksanakan pemeriksaan secara berkala berhubung pematuhan pemakaian Pas Keselamatan atau Kad Pengenalan Jabatan di Bangunan KOMTAR.  Adalah diharapkan agar semua pihak mengikuti peraturan ini dengan segera dan secara berterusan.

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang