Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang

Pengerusi Lembaga Rayuan Y. Bhg. Dato’ Yeo Yang Poh telah dilantik dan diwartakan pelantikannya pada 17 Mac, 2011 untuk tempuh 3 tahun - tamat tempoh pada 16 Mac, 2014 [Warta Kerajaan Jil. 55, No.6, Perkara No.125 bertarikah 17 Mac, 2011].
Beliau merupakan seorang peguam dan kini giat aktif dalam aktiviti guaman (peguambela dan peguamcara) di bawah gabungan rakan kongsi M/s Yeo, Tan, Hoon & Tee bertempat di Johor Bahru sejak dari tahun 1986 sehingga sekarang.

Pencapaian Akademik
Tahun 1978 - 1981 – Tamat pengajian dengan Ijazah Perundangan - L.L.B (Hons), University of Canterbury, Christchurch, New Zealand.

Penjawatan
Dilantik sebagai Tutor dalam bidang Undang-undang Jenayah di University of Canterbury, Christchurch, New Zealand : 1982;
Dilantik juga sebagai seorang peguam dan peguamcara bagi Mahkamah Tinggi di New Zealand : 1982;
Dilantik sebagai seorang Peguam Bela dan Peguam Cara di Mahkamah Tinggi di Malaysia : 1983 & aktif dalam amalan perundangan sejak itu;
Berkhidmat sebagai pembantu Pengamal Undang-Undang di M/s Lim & Hooi di Johor Bahru : 1984 – 1986. Bidang amalan termasuk civil litigation (commercial, contract, corporate, land, torts) dan juga commercial and conveyancing work;
Ahli aktif dalam Majlis Peguam Malaysia dan telah memegang beberapa jawatan dalam majlis ini sejak dari tahun 1998 sehingga sekarang;
Dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Peguam Malaysia : 2003 – 2005;
Dilantik sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia : 2005 – 2007;
Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang dari 15 Disember 2009 sehingga 16 Mac 2011.

Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang