Arial | PT Sans | Century
hubungi faq hubungi maklumbalas peta

Timbalan Pengerusi

Encik Amardas A/L Jethanand telah dilantik dan diwartakan pelantikannya sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 25 Oktober, 2012 untuk tempoh 3 tahun- tamat tempoh pada 24 Oktober, 2015 [Warta Kerajaan Jil.56, No.22 Tambahan No.1, Perkara No.651 bertarikh 25 Oktober, 2012] .
Beliau merupakan seorang peguam dan kini giat aktif dalam aktiviti guaman (peguambela dan peguamcara) di bawah gabungan rakan kongsi K.P. Ng & Amardas bertempat di Melaka.

Pencapaian Akademik

  • Tahun 1982 – Tamat pengajian dengan Ijazah Ekonomi (Hons) University Kebangsaan Malaysia.
  • Tahun 1986 – Tamat pengajian dengan Ijazah Perundangan - L.L.B (Hons), University Buckingham, England.
  • Tahun 1987 – Tamat pengajian dengan kelulusan CLP, University Malaya.

Penjawatan

  • Diterima masuk  sebagai ahli dalam Majlis Peguam Malaysia : 27 Ogos 1988;
  • Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Peguam Melaka  :   1996 – 2007;
  • Dilantik sebagai wakil Jawatankuasa Peguam Melaka ke  Majlis Peguam Malaysia : 1999 – 2001;
  • Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Guaman, Jawatankuasa Peguam Melaka : 2001 – 2003;
  • Pengerusi Jawatankuasa Counting Legal Education/Practice, Jawatankuasa Peguam Melaka: 2003 – 2005;
  • Pengerusi Jawatankuasa  Hak-hak Asasi Manusia, Jawatankuasa Peguam Melaka : 2006/2007;
  • Ahli Jawatankuasa Bantuan Guaman Kebangsaan, Majlis Peguam Malaysia : 1997 – 2003; dan
  • Ahli Jawatankuasa Professional Indemnity, Majlis Peguam Malaysia : 2005 – 2011.
Hakcipta Terpelihara © PLANMalaysia@Pulau Pinang