Bertanggungjawab memastikan segala tugas-tugas yang melibatkan perancangan pembangunan dan pengurusan jabatan selaras dengan Akta 172, dasar dan peraturan yang berkuat kuasa.
SETIAUSAHA PEJABAT
Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian Pengarah berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan.
- Mengurus surat/memo & dokumen rasmi keluar masuk bagi pengarah yang diterima dari agensi luar untuk diminitkan.
- Menguruskan surat/memo/dokumen dalaman yang memerlukan semakan dan tandatangan pengarah.
- Menghantar, menerima dan menguruskan faksimili masuk dan keluar untuk perhatian pengarah.
- Menyediakan/menaip surat atau memo/dokumen/draf dokumen dan menjawab surat-surat seperti yang dikehendaki oleh pengarah.
- Mengemaskini jadual/kalender, merancang dan mengawal selia jadual seperti menyelaras jemputan mesyuarat/taklimat/kursus/majlis mengikut kepentingan.
- Membuat persediaan mesyuarat/taklimat.kursus/majlis bagi memastikan segala keperluan mesyuarat / taklimat / kursus / berjalan lancer.
- Membantu dalam penyediaan bil dan tuntutan.
- Membantu dalam penyediaan permohonan pengarah untuk ke Luar Negara atas urusan persendirian atau urusan rasmi.
- Mengendalikan / menyaring panggilan telefon di pejabat pengarah samada daripada pegawai dalaman atau agensi luar.